PART I
KONVOI AMAL BERSAMA TOYOTA AVANZA 2008 SUNGAI PETANI, KEDAH - LUMUT, PERAK, adalah anjuran bersama sebuah syarikat yang menjadi pengedar untuk pelbagai kenderaan Toyota di Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah, iaitu SP SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. dan sebuah syarikat pengurusan acara iaitu RT SPORTS EVENT. Program ini mendapat kerjasama dari KELAB TOYOTA AVANZA DIVISEN UTARA dan KELAB TOYOTA AVANZA SUNGAI PETANI.
Sebanyak 32 kenderaan Toyota Avanza terlibat dalam program amal ini, termasuk dua Toyota Avanza dari Skuad Era Avanza Utara.
Objektif program ini adalah mengumpul seberapa banyak dana dalam bentuk barangan dan kewangan untuk didermakan kepada penghuni Rumah Jagaan Anak-anak Yatim (Perempuan) Ummu Sofiah, Kampung Jarum Mas, Sungai Nyuir, Trong, Taiping, Perak.
Acara dimulakan dengan peserta menampal sticker di kenderaan masing-masing yang telah diberi oleh pihak penaja dan juga penganjur. Hujan turun renyai-renyai dan sekali sekala lebat, namun ia tidak mematahkan semangat hampir 150 peserta konvoi yang datang bersama keluarga masing-masing.
Terima kasih diucapkan kepada SP Selatan Otomobil Sdn. Bhd. yang menyediakan sarapan pagi iaitu Nasi Lemak kepada peserta konvoi.
Selepas bersarapan dan selesai sesi taklimat, satu majlis ringkas penyerahan sumbangan telah diadakan.
Pihak konvoi juga menerima sumbangan cek dari syarikat Dr. One Industries, Perniagaan Terang Bulan dan syarikat pembekalan alatan kapal, Hyper Prority Sdn. Bhd. Selain sumbangan cek pihak penganjur juga menerima sumbangan dalam bentuk barangan iaitu dari HPA Industries Sdn. Bhd., Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd., Pertubuhan Petronas dan Isteri Kakitangan Petrolium Nasional Berhad (PRONITA), EHE Trading, Yoham Enterprise dan sumbangan daripada peserta konvoi sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan