Isnin, 1 Disember 2008

KONVOI AMAL BERSAMA TOYOTA AVANZA 2008.

PART I



KONVOI AMAL BERSAMA TOYOTA AVANZA 2008 SUNGAI PETANI, KEDAH - LUMUT, PERAK, adalah anjuran bersama sebuah syarikat yang menjadi pengedar untuk pelbagai kenderaan Toyota di Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah, iaitu SP SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. dan sebuah syarikat pengurusan acara iaitu RT SPORTS EVENT. Program ini mendapat kerjasama dari KELAB TOYOTA AVANZA DIVISEN UTARA dan KELAB TOYOTA AVANZA SUNGAI PETANI.

Sebanyak 32 kenderaan Toyota Avanza terlibat dalam program amal ini, termasuk dua Toyota Avanza dari Skuad Era Avanza Utara.

Objektif program ini adalah mengumpul seberapa banyak dana dalam bentuk barangan dan kewangan untuk didermakan kepada penghuni Rumah Jagaan Anak-anak Yatim (Perempuan) Ummu Sofiah, Kampung Jarum Mas, Sungai Nyuir, Trong, Taiping, Perak.
Lokasi bermula, Pusat Pameran & Jualan UMW Toyota Pandang Temusu, Sungai Petani, Kedah

Acara dimulakan dengan peserta menampal sticker di kenderaan masing-masing yang telah diberi oleh pihak penaja dan juga penganjur. Hujan turun renyai-renyai dan sekali sekala lebat, namun ia tidak mematahkan semangat hampir 150 peserta konvoi yang datang bersama keluarga masing-masing.

Terima kasih diucapkan kepada SP Selatan Otomobil Sdn. Bhd. yang menyediakan sarapan pagi iaitu Nasi Lemak kepada peserta konvoi.


Sebahagian peserta konvoi sedang menikmati sarapan.

Para Marshall sedang berbincang sebelum memulakan perjalanan bagi melancarkan pergerakkan konvoi nanti.

Sebahagian dari kenderaan Toyota Avanza yang menyertai konvoi amal ini.

Penyertaan Istimewa dari Skuad Era Avanza Utara.

Taklimat perjalanan telah disampaikan oleh Sdr. Atan (T-Shirt Merah) selaku Ketua Marshall dari Kelab Motosikal Besar "2 WHEEL RIDER".

Selepas bersarapan dan selesai sesi taklimat, satu majlis ringkas penyerahan sumbangan telah diadakan.

Azmi Md. Ariff, Pengerusi Kelab Toyota Avanza Sungai Petani (KTASP) menerima sumbangan cek bernilai RM500.00 dari Wing Chun untuk didermakan kepada rumah anak yatim yang akan dilawati.

Wing Chun menyerahkan sumbangan berupa 50 naskah Akhbar Sinar Harian kepada Asri Saad, Timbalan Pengerusi Kelab Toyota Avanza Divisen Utara untuk diedarkan kepada peserta-peserta konvoi.

Akhbar Sinar Harian diberi Percuma kepada peserta konvoi.

Pihak konvoi juga menerima sumbangan cek dari syarikat Dr. One Industries, Perniagaan Terang Bulan dan syarikat pembekalan alatan kapal, Hyper Prority Sdn. Bhd. Selain sumbangan cek pihak penganjur juga menerima sumbangan dalam bentuk barangan iaitu dari HPA Industries Sdn. Bhd., Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd., Pertubuhan Petronas dan Isteri Kakitangan Petrolium Nasional Berhad (PRONITA), EHE Trading, Yoham Enterprise dan sumbangan daripada peserta konvoi sendiri.
Peserta konvoi bergambar kenangan bersama Pengarah Urusan SP Selatan Otomobil Sdn. Bhd. Khoo Wing Chun (duduk dua dari kiri) dan Tn. Jamaluddin Awang Kechik, Timbalan Pengarah Penjara Sungai Petani (Duduk kiri sekali).

Cenderahati dari pihak Skuad Era Avanza Utara yang telah disampaikan oleh Pegawai Eksekutif Pemasaran, Nurshahema Ahmad kepada Wing Chun.


7 buah motosikal berkuasa besar digunakan sebagai Marshall untuk melancarkan perjalanan konvoi.
Lebih Kurang 9:30 pagi, konvoi berlepas dari perkarangan Pusat Jualan & Pameran UMW Toyota Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah.

Timbalan Pengarah Penjara Sungai Petani, Jamaluddin Awang Kechik (tiga dari kiri) bersama Wing Chun (dua dari kiri) melepaskan peserta konvoi.


Bersambung....

Ahad, 30 November 2008

PART 2

Sepanjang perjalanan konvoi dari Sungai Petani, Kedah hingga ke Teluk Batik, Lumut, Perak, konvoi mendapat bantuan Marsyal dari kelab motosikal besar, Two Wheel Reders.

Turut bekerjasama melancarkan perjalanan konvoi ialah anggota-angota Polis Trafik dari IPD Kuala Muda, Kedah, IPD Seberang Perai Selatan, P.Pinang, IPD Seberang Perai Tengah, P.Pinang, IPD Manjung, Perak & Unit Peronda Lebuhraya Bukit Aman.

Konvoi singgah di Stesen Minyak Bandar Baru Perda, SPT, Pulau Pinang untuk mengisi minyak.


Sebahagian kenderaan peserta yang telah selesai mengisi minyak.

Pihak pengurusan stesen minyak telah berbesar hati mengadakan jamuan ringan untuk semua peserta konvoi.

Pihak pengurusan stesen minyak Petronas Bandar Baru Perda, melalui pengurusnya En. Wan Yusuf telah sudi menyampaikan sumbangan berbentuk cek kepada Ketua Konvoi, En. Asri Saad.

Peserta konvoi bergambar kenangan dengan kakitangan Stesen Minyak Petronas Bandar Baru Perda dan Skuad ERA Avanza Utara.

Jumaat, 8 Ogos 2008

Konvoi Semarak Merdeka Bersama Toyota Avanza Kelantan 2008.

Konvoi Semarak Merdeka Kelantan 2008 (KSMK 08) Bersama Toyota Avanza telah berlangsung dengan jayanya pada 03 Ogos 2008 yang lalu.

Program yang julung-julung kali diadakan ini telah dianjurkan secara bersama oleh RT Sports Event dan UMW TOYOTA MOTOR SDN BHD. cawangan Kota Bharu, Kelantan dengan kerjasama Kelab Toyota Avanza (TAVAC) Divisen Utara, Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB – BRI) dan Koperasi Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu, Berhad. Progaram ini dirancang sempena menyambut Kemerdekaan Negara yang Ke – 51. Acara konvoi ini telah disertai 20 buah Avanza dari Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Terangganu & Kelantan.

Program konvoi ini bermula seawal 7.30 pagi di mana, para peserta konvoi telah berkumpul di perkarangan Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan untuk sesi pendaftaran peserta. Setelah selesai sesi pendaftaran, peserta konvoi dikehendaki menampal pelekat-pelekat (sticker) dan juga menghiasi kenderaan Avanza masing-masing dengan Jalur Gemilang yang telah diberikan oleh penganjur. Sejurus selepas itu acara diteruskan dengan taklimat konvoi oleh ASP Tan dari Trafik IPD Kota Bharu.

Lebih kurang pukul 8.00 pagi, konvoi yang terdiri daripada 20 buah kenderaan Toyota Avanza ini akan bergerak secara tersusun sambil diiringi oleh anggota polis trafik dari IPD Kota Bharu, bermula dari perkarangan Perdana Resort, PCB dan seterusnya konvoi melalui Bandar Kota Bharu dan terus ke Pusat Jualan & Servis Toyota di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan. Konvoi berhenti di sini untuk mengambil sarapan. Kemudian acara diteruskan dengan majlis ucapan aluan oleh Pengurus UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. cawangan Kelantan, En. Khairul Anuar Mohd Ali. Selepas ucapan aluan majlis diteruskan dengan majlis jamuan ringan yang telah disediakan oleh pihak UMW Toyota Cawangan Kota Bharu. Sebelum beredar En. Khairul Anuar telah sudi memberi cenderahati kepada peserta konvoi dan juga anggota-anggota Polis yang telah mengiringi konvoi. Konvoi kemudiannya meneruskan perjalanan ke Pasar Besar Siti Khadijah selepas dilepaskan oleh En. Khairul Anuar.

Konvoi tiba di perkarangan Pasar Besar Siti Khadijah lebih kurang pukul 10.15 pagi. Ketibaan peserta konvoi ini telah disambut oleh Pengerusi dan Ahli Jawatan Kuasa Koperasi Pasar Besar Siti Khadijah. Di sini para peserta konvoi bersama Pengerusi, AJK & Ahli Koperasi telah berkerjasama menggantung bendera Jalur Gemilang di sekitar kawasan Pasar Besar Siti Khadijah. Bendera-bendera tersebut adalah sumbangan daripada Kelab Toyota Avanza (TAVAC) Divisen Utara. Selepas majlis itu, para peserta telah disajikan dengan jamuan ringan yang telah disediakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB - BRI). Selain dari jamuan ringan yang telah disediakan, MPKB-BRI juga turut menyediakan ruang meletak kereta untuk peserta-peserta konvoi berhampiran Istana Balai Besar. Sebelum beredar, peserta konvoi bergambar kenangan bersama Pengerusi & AJK Koperasi Pasar Besar Siti Khadijah Berhad. dan juga tidak ketinggalan peserta konvoi bergambar dengan En. Azman Mohd Daham, Pengarah Perhubungan Awam MPKB-BRI yang telah sudi hadir untuk bersama-sama memeriahkan majlis berkenaan. Lebih kurang 12.30 tengah hari, peserta konvoi telah berlepas dari Istana Balai Besar menuju ke Pantai Cahaya Bulan.

Lebih kurang pukul 1.00 tengah hari, konvoi tiba di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan untuk Majlis Makan Tengah Hari Bersama Dato' Sri Tok Guru M.B. Kelantan. Atas faktor kesihatan Dato' Seri Tok Guru M.B Kelantan tidak dapat hadir dan beliau telah mewakilkan Dato' Takiyuddin, Exco Pelancongan untuk menerima kedatangan peserta konvoi. Majlis makan tengah hari ini tamat lebih kurang jam 2.30 petang. Selepas itu peserta konvoi mengadakan aktiviti bebas bersama keluarga sementara menantikan jamuan makan malam.

Jam 8.00 malam, peserta konvoi berkumpul di Lobi Perdana Resort. Konvoi kemudiannya telah bergerak sekali lagi ke UMW Toyota Cawangan Kota Bharu, Kelantan untuk majlis makan malam bersama-sama kakitangan UMW Toyota Motor Cawangan Kota Bharu. Majlis tamat pada pukul 11.00 malam. Dengan tamatnya majlis makan malam tersebut, maka tamatlah juga program 'KONVOI SEMARAK MERDEKA KELANTAN 2008 bersama TOYOTA AVANZA'. Peserta konvoi kemudiannya telah pulang ke penginapan masing-masing dan juga ada yang mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di tempat yang menarik yang ada di sekitar Bandar Kota Bharu.

Dengan tamatnya majlis makan malam tersebut, maka tamatlah program ‘Konvoi Semarak Merdeka Kelantan 2008’.

Khamis, 7 Ogos 2008

Gambar Sekitar KSMK 08 bersama Toyota Avanza

GAMBAR DI SEKITAR
KONVOI SEMARAK MERDEKA KELANTAN 2008
bersama
TOYOTA AVANZA


Peserta sedang menghiasi Jalur Gemilang di kenderaan masing-masing.


Taklimat perjalanan konvoi telah disampaikan oleh ASP Tan dari Trafik IPD Kota Bharu.


Peserta sedang menyusun kenderaan masing-masing sebelum konvoi mula bergerak.


Sarapan pagi ini telah disediakan oleh UMW Toyota Kota Bharu, Kelantan.


En. Khairul Anuar menyampaikan cenderahati bagi pihak UMW Toyota Kota Bharu kepada peserta-peserta konvoi.


Peserta KSMK 08 bergambar bersama Pengurus UMW Toyota Caw. Kota Bharu, En. Khairul Anuar Mohd Ali & Ketua Trafik IPD Kota Bharu, ASP Tan.


Sebahagian AVANZA peserta KSMK 08 di Dataran Istana Balai Besar, Kota Bharu.


Jalur Gemilang yang telah dipasang oleh peserta KSMK 08 di sekitar Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan


Antara peserta KSMK 08 yang baru selesai memasang bendera di sekitar Pasar Siti Khadijah.


Jamuan ringkas ini telah disediakan oleh MPKB-BRI


Peserta konvoi bergambar bersama En. Azman Mohd Daham (Baju Merah), Pengarah Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di Dataran Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan



Majlis Makan Tengah Hari Bersama Datuk Takiyuddin Hassan (wakil MB Kelantan)


Cenderahati dari peserta KSMK 08 untuk Datuk Hj. Takiyuddin Hassan, (Exco) Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan.


Cenderahati dari pihak UMW Toyota Motor Kota Bharu Kelantan

Rabu, 6 Ogos 2008

Antara Pihak Yang Bekerjasama Menjayakan Konvoi SMBTAK 2008

SP SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD.

(wakil pengedar kenderaan UMW Toyota)



IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) KUALA MUDA, KEDAH
IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) BALING, KEDAH
IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) GRIK, PERAK
IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) JELI, KELANTAN
IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) TANAH MERAH, KELANTAN
IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) PASIR MAS, KELANTAN
IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) KOTA BHARU, KELANTAN
IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN (IPK) NEGERI KELANTAN

PERDANA RESORT, PANTAI CAHAYA BULAN, KOTA BHARU, KELANTAN

PUSAT PENERANGAN PELANCONGAN NEGERI KELANTAN





Pengerusi & Ahli Jawatankuasa Koperasi Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu Berhad

Majlis Perbandaran Kota Bharu - Banda Raya Islam (MPKB-BRI)


Dato' Taki, Exco Pelancongan Negeri Kelantan yang mewakili MB Kelantan
& Kerajaan Negeri Kelantan

dan peserta-peserta Konvoi SMBTAK 2008